PETALING JAYA: Pesanan dalam tangan Southern Cable Group Berhad (Southern Cable) melebihi RM1.0 bilion selepas pengeluar kabel dan wayar berkenaan berjaya memperoleh kontrak bernilai RM332.1 juta. Southern Cable dalam satu kenyataan berkata, kontrak terbesar kumpulan itu setakat ini diperoleh melalui anak syarikat milik penuh kumpulan Southern Cable Sdn. Bhd. bagi membekalkan kabel kuasa kepada gergasi utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB). Katanya, Surat Anugerah (LOA) yang diperoleh anak syarikatnya itu,…









