PETALING JAYA: Pasaran tenaga buruh Malaysia terus mengukuh pada 2022 dengan bilangan penduduk pekerja bertambah 1.4 peratus kepada 16.02 juta orang, berbanding 15.80 juta orang tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurutnya, pertambahan disumbangkan oleh peningkatan bilangan penduduk bekerja dan penurunan dalam pengangguran. Kadar pengangguran tahun lalu turun 0.7 peratus kepada 3.9 peratus berjumlah 630,400 penganggur daripada 733,000 orang atau 4.6 peratus pada 2021. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr.…










