MAG BNM lancar pameran GERAK BAYANG:Seni Penceritaan

MAG BNM lancar pameran GERAK BAYANG:Seni Penceritaan

GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA, Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour melancarkan pemeran GERAK BAYANG: Seni Penceritaan anjuran Muzium dan Galeri BNM yang akan berlangsung sehingga 28 Januari 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG BNM) melancarkan GERAK BAYANG: Seni Penceritaan iaitu pameran yang menggabungkan seni persembahan, estetika visual dan kreativiti sastera.

Berlangsung sehingga 28 Januari 2024 di Galeri Seni Tingkat 3 MAG BNM, pameran itu akan mendefinisikan semula sempadan seni serta mengasyikkan pengunjung dalam alam imiginasi dan ruang usahawama yang belum pernah dialami.

GERAK BAYANG didorong oleh wawasan yang menggabungkan bentuk seni yang melambangkan keharmonian yang diperlukan dalam sesebuah organisasi.

Pengarah MAG BNM, Noreen Zulkepli berkata, GERAK BAYANG bukan sekadar paparan artistik kerana ia merangkumi falsafah bahawa kreativiti berfungsi sebagai pemangkin ketangkasan dan rangkuman.

Karya-karya seni itu menawarkan perspektif yang berbeza, mencerminkan tenaga serta potensi untuk mengembangkan idea, pandangan, dan pendekatan.

“Pameran ini juga menjadi wadah yang menunjukkan bagaimana penerapan pendekatan kreatif yang pelbagai boleh mendorong kepada hasil yang lebih kaya dan inklusif; suatu iktibar berharga yang boleh diterapkan dalam dunia seni dan juga masyarakat umum,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pameran menampilkan gabungan kehandalan seni menerusi 39 seniman terkemuka dan baharu yang menyumbangkan 144 karya seni menampilkan nama-nama terkenal seperti Nik Zainal Abidin, Long Thien Shih, Ismail Mat Hussin, Syed Thajudeen, Mad Anuar, Chang Fee Ming, Adeputra, Masnoor Ramli Mahmud, Haris Abadi, Nik Husyaidie dan Ismail Awi.

Noreen berkata, pengunjung akan menyaksikan ekspresi artistik yang sangat pelbagai.

Ekpresi itu terdiri daripada karya yang menggunakan pelbagai medium termasuk kulit kerbau atau lembu, kertas dan kanvas serta melalui penyatuan teknik media baharu yang canggih, katanya.

GERAK BAYANG menawarkan rangkaian barangan istimewa yang diilhamkan daripada pameran ini. Orang ramai dijemput ke pameran itu dan masuk adalah percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×