KPJ Healthcare catat prestasi kewangan kukuh pada S2 TK2023

KPJ Healthcare catat prestasi kewangan kukuh pada S2 TK2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatatkan peningkatan untung bersih (PAT) dan untung sebelum cukai (PBT) pada suku kedua tahun kewangan 2023 (S2 TK2023) kepada 48.5 juta dan RM68.5 juta daripada RM30.5 juta dan RM46.2 juta syku sebelumnya.

Peningkatan didorong oleh pendapatan sebanyak RM799.5 juta, naik 14.3 peatus daripada suku kedua tahun kewangan 2022 (S2 TK2022).

Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) Kumpulan tumbuh 16.8 peratus berjumlah RM185.1 juta, berbanding RM158.4 juta pada S2 TK2022.

“Pencapaian ini sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan ketara dalam lawatan pesakit dalam, berjumlah 82,479, meningkat daripada 72,424, dan peningkatan dalam Kadar Penghunian Katil (BOR) kepada 63 peratus, daripada 56 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan.

Secara kumulatif untuk enam bulan pertama tahun kewangan 2023 (1H TK2023), kedua-dua PAT dan PBT masing-masing meningkat kepada RM104.9 juta dan RM146.2 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah pendapatan Kumpulan menyaksikan pertumbuhan kukuh sebanyak 21.4 peratus mencecah RM1.6 bilion, meningkat daripada RM1.3 bilion pada 1H TK2022.

KPJ Healthcare juga melaporkan lonjakan 21.6 peratus dalam EBITDA berjumlah RM375.3 juta, berbanding RM308.7 juta daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Lanjutan prestasi kukuh itu, KPJ Healthcare mengisytiharkan dividen interim sebanyak 0.8 sen sesaham, dengan jumlah bayaran agregat sebanyak RM34.9 juta, untuk diagihkan kepada pemegang saham KPJ Healthcare pada 3 Oktober 2023.

Mengulas prestasi kewangan tersebut, Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare, Norhaizam Mohammad berkata, strategi yang dilaksanakan di Kumpulan dan rangkaian hospital sejak awal 2023 terus membuahkan hasil yang positif.

“Tumpuan kami untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan pilihan melalui usaha seperti melabur dalam teknologi untuk memastikan hasil klinikal terbaik untuk pesakit kami telah membawa kepada peningkatan bilangan pembedahan di hospital kami, menyumbang kepada pendapatan yang lebih baik,” katanya.

Bagi pelancongan kesihatan, hospital KPJ telah berkembang pesat dalam trajektori positif, menyaksikan lonjakan 108 peratus dalam lawatan pelancong kesihatan, diterjemahkan kepada peningkatan 176 peratus dalam pendapatan pelancongan kesihatan pada 2023.

Untuk separuh kedua TK2023, Kumpulan meneruskan dedikasi untuk mentakrifkan semula ekosistem penjagaan kesihatan.

Norhaizam berkata, KPJ Healthcare kekal komited memajukan hospital Kumpulan untuk memanfaatkan jumlah aktiviti yang semakin meningkat pada separuh akhir tahun dengan menambah jumlah katil pesakit, menambah lebih ramai perunding dan mengembangkan rangkaian perkhidmatan.

“Berlatarbelakangkan sektor penjagaan kesihatan yang teguh, kami berpegang teguh pada janji kami iaitu – ‘Care for Life’,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN