PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatatkan peningkatan untung bersih (PAT) dan untung sebelum cukai (PBT) pada suku kedua tahun kewangan 2023 (S2 TK2023) kepada 48.5 juta dan RM68.5 juta daripada RM30.5 juta dan RM46.2 juta syku sebelumnya. Peningkatan didorong oleh pendapatan sebanyak RM799.5 juta, naik 14.3 peatus daripada suku kedua tahun kewangan 2022 (S2 TK2022). Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) Kumpulan tumbuh 16.8 peratus…










