PETALING JAYA: Jumlah keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada separuh pertama 2023 (1H 2023) terus meningkat kepada 15.09 juta dengan 8.47 juta daripadanya adalah ahli aktif. Menurut KWSP, jumlah ahli aktif itu mewakili 50.62 peratus daripada 16.86 juta tenaga buruh di Malaysia. “Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 43,084 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 598,871. “Pertambahan ahli aktif dan majikan menjadikan…