PETALING JAYA: IHH Healthcare (IHH) memperluaskan perniagaannya ke Malaysia Timur dengan pengambilalihan Pusat Perubatan Timberland (TMC) di Sarawak, pada harga RM245 juta. IHH, melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Pantai Holdings Sdn. Bhd., hari ini menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) dengan Saravita Holdings Sdn. Bhd. dan sembilan pengasas, untuk keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Bedrock Healthcare Sdn. Bhd. (BHSB) pada harga pertimbangan keseluruhan RM245 juta. BHSB melalui anak syarikat milik…










