HLFG rekod PATAMI lebih tinggi berjumlah RM2.8 bilion

HLFG rekod PATAMI lebih tinggi berjumlah RM2.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Financial Group Berhad (HLFG) keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) berjumlah RM2.79 bilion, meningkat 13.8 peratus tahun ke tahun (YoY) untuk tahun kewangan 2023, berakhir 30 Jun 2023.

Peningkatan itu disumbangkan oleh bahagian perbankan komersial Kumpulan iaitu, Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan HLA Hondings Sdn. Bhd. (HLAH).

Bagi tempoh berkenaan, HLB merekodkan keuntungan selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM3.82 bilion, peningkatan 16.1 peratus tahun ke tahun.

HLAH pula merekodkan untung bersih sebanyak RM366 juta, peningkatan 8.1 peratus tahun ke tahun. Hong Leong Assurance Berhad (HLA), pengurus insurans utama Kumpulan, merekodkan untung bersih sebanyak RM284 juta, meningkat 10.6 peratus YoY.

Bahagian perbankan Islam dan Takaful Kumpulan turut merekodkan peningkatan pendapatan kepada RM1.09 bilion, naik 9.5 peratus tahun ke tahun.

Kumpulan mengumumkan agihan dividen akhir sebanyak 32 sen sesaham. Jumlah keselurhan dividen yang diagihkan oleh Kumpulan sebanyak 49 sen sesaham, termasuk dividen interim sebanyak 17 sen sesaham.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif HLFG, Tan Kong Khoon berkata, perniagaan Perbankan Komersial dan Insurans Kumpulan memberikan hasil yang membanggakan di bawah persekitaran ekonomi global yang mencabar.

“Manakala perniagaan Perbankan Pelaburan kami dipengaruhi oleh volum dagangan Bursa Malaysia yang lebih rendah dan kadar faedah yang lebih tinggi yang menundukkan baharu terbitan bon dan selera pelanggan untuk pelaburan dalam unit amanah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan, ekonomi utama dijangka mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana, manakala iklim geopolitik yang tegang boleh membawa kepada langkah perlindungan perdagangan yang lebih timbal balik.

KDNK Malaysia pula katanya, dijangka berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, kadar  pengangguran yang rendah, dan penurunan tekanan inflasi secara beransur-ansur (dari puncak 4.7 peratus pada Ogos 2022 kepada 2.0 peratus pada Julai 2023).

“Walau bagaimanapun, pasaran domestik menghadapi potensi risiko penurunan daripada pertumbuhan ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan, peningkatan kos sebanyak pembiayaan dan keadaan pasaran pertukaran asing yang tidak menentu.

“Memandangkan ketidaktentuan dalam landskap ekonomi global ditambah dengan cabaran domestik, kami mengekalkan pandangan berhati-hati untuk tahun kewangan baharu dan akan terus berwaspada dalam persekitaran perniagaan yang tidak menentu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN