Gentari, BMW Malaysia teroka pelaksanaan mobiliti hijau

Gentari, BMW Malaysia teroka pelaksanaan mobiliti hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn. Bhd. dan BMW Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka pelaksanaan perkhidmatan dan penyelesaian mobiliti hijau, serta penggunaan tenaga boleh baharu.

Gentari dan BMW kini sedang giat bekerjasama untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang seperti pemasangan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di pelbagai kemudahan.

Ini termasuk rangkaian pengedar BMW; pelbagai penyelesaian armada EV dalam pasaran Malaysia; perkhidmatan nilai tambah untuk pemilik BMW EV termasuk pelan langganan pengecasan EV, medan hadapan elektrik, pengecasan mudah alih dan perkhidmatan pengecasan mudah alih; serta penempatan bersama infrastruktur tenaga boleh baharu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Green Mobility Sdn. Bhd., Shah Yang Razalli berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan jenama automotif berprestij seperti BMW untuk mengembangkan kebolehcapaian perkhidmatan dan penyelesaian mobiliti hijau di Malaysia.

“Selain itu, keupayaan Gentari dalam tenaga boleh baharu juga akan membantu mewujudkan rantaian nilai elektron hijau yang lebih komprehensif dan bersama-sama, kita boleh membuka jalan untuk masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Gentari untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian mobiliti, perkhidmatan serta infrastruktur untuk memacu teknologi dan amalan yang lebih bersih dan bertanggungjawab untuk industri automotif di sini.

“Saya dapat membayangkan perkongsian ini membentuk masa depan landskap mobiliti Malaysia, menawarkan lebih banyak penyelesaian yang dicipta melalui pembangunan mampan
dan pekeliling,” ujarnya.

Sejak diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari telah mengembangkan rangkaian mobiliti hijaunya dengan pantas.

Sehingga kini, Gentari melalui entiti gabungannya telah menempatkan lebih 160 titik pengecasan di Malaysia dan lebih 170 titik pengecasan di India.

Dengan misi untuk menjadi rakan kongsi penyelesaian tenaga bersih yang paling bernilai di Asia Pasifik menjelang 2030, Gentari menyasarkan untuk menguasai lebih 10 peratus bahagian pasaran mata caj dan Tawaran Kenderaan-sebagai-Perkhidmatan (VaaS), merentasi pasaran utama di Asia Pasifik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya