Berjaya Land tawar rumah mampu milik harga RM250,000

Berjaya Land tawar rumah mampu milik harga RM250,000

LAKARAN artis projek perumahan mampu milik yang bakal dibangunkan oleh Berjaya Land.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBIASAANNYA rumah mampu milik didatangkan dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air sahaja.

Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak terutamanya dalam golongan B40, perkara ini boleh mendatangkan ketidakselesaan apabila ramai yang terpaksa bilik tidur, tambahan pula anak remaja yang meningkat usia.

Menyedari keperluan jenis rumah tersebut, Berjaya Land Berhad (Berjaya Land), bersama-sama dengan Yayasan My First Home (YMFH) telah melancarkan Rumah Mampu Milik Berjaya Flagship (BFAH) yang mempunyai lima bilik tidur dan empat bilik air.

Inisiatif rumah mampu milik Rumah Selangorku dengan jumlah keseluruhan 402 unit yang akan dibangunkan di Subang Hi-Tech Industrial Park itu dijual pada harga RM250,000 bersaiz 900 kaki persegi.

Pengerusi YMFH dan Pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan berkata, kos perumahan yang semakin meningkat menyukarkan ramai orang untuk membeli rumah kerana sukar untuk menyimpan dan membeli rumah.

Katanya, keluarga berpendapatan rendah juga dikurniakan beberapa anak dan memerlukan lebih daripada tiga bilik untuk menempatkan semua orang di bawah satu bumbung.

“Saya percaya semua orang layak untuk memiliki rumah yang selasa untuk tinggal kerana rumah bukan hanya tempat untuk berteduh.

“Rumah adalah tempat untuk membesarkan keluarga dan anak-anak dengan penuh kasih sayang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam menyediakan rumah mampu milik yang menjadi isu utama di negara ini.

“Pembangunan ini juga tampil dengan konsep dwi kunci yang inovatif, membolehkan pemilik untuk memaksimumkan penggunaan ruang dan menyesuaikan susunan hidup mereka agar sesuai dengan mereka keperluan khusus.

“Selain itu, pemilik juga boleh menyewakan bilik dengan kunci berasingan bagi membantu mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi membayar pinjaman rumah mereka,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed berkata, BFAH lebih mahal daripada pembangunan biasa.

“Tambahan dua bilik tidur dan dua bilik air, kolam renang dan gimnasium serta lokasi yang strategik, menambah RM10 juta kepada kos pembinaan.

“Bagaimanapun, kami percaya ciri dan faedah tambahan ini berbaloi dengan pelaburan dan akan memberi manfaat kepada 402 keluarga yang akan memanggil BFAH ini sebagai rumah mereka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×