PETALING JAYA: Berjaya Corporation Berhad (BCorp) mencatatkan hasil sebanyak RM9.64 bilion bagi tahun kewangan 2023 (TK2023) berakhir 30 Jun 2023, peningkatan 18 peratus daripada RM8.16 bilion tahun kewangan sebelumnya. Hasil yang lebih baik untuk tahun kewangan di bawah kajian disumbangkan oleh semua segmen perniagaan dalam Kumpulan, menurut Bcorp dalam kenyataan. Katanya, hasil segmen runcit bukan makanan yang lebih tinggi disokong oleh jualan lebih kukuh yang didaftarkan oleh HR Owen dalam…










