PETALING JAYA: AmInvest merangkul tiga anugerah di majlis Anugerah FSMOne Recommended Unit Trusts 2023/24 (Anugerah) sebagai pengiktirafan kepada prestasi cemerlangnya yang konsisten mengatasi rakan setaranya dalam kategori-kategori di bawah tiga dana tersebut. FSMOne ialah suatu platform pelaburan dalam talian yang mengagihkan unit amanah, saham, dana dagangan bursa, insurans, bon dan portfolio yang diuruskan. AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. AmIncome…










