PETALING JAYA: Kumpulan AmBank menyasarkan pertumbuhan 6.0 peratus dalam pengeluaran pinjaman atau sehingga RM7 bilion, untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (TK2024). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, unjuran itu berdasarkan aset bank yang bernilai RM130 bilion. “Aset kami tahun lepas adalah kira-kira RM130 bilion, dan kami menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus. Pertumbuhan bank biasanya akan naik hampir dengan pertumbuhan KDNK.…










