PETALING JAYA: Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September ini. Menurut BNM, sebagai Timbalan Gabenor, Adnan Zaylani akan bertanggungjawab menyelia sektor Pasaran Kewangan dan Pembangunan. “Beliau juga akan menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa Bank, termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan,…










