PETALING JAYA: Velum Labs Sdn. Bhd. (Velum Labs) dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) menjalinkan kerjasama dalam perkongsian risikan siber dan model pelaksanaan untuk mengukuh, mempromosi dan membangunkan keupayaan siber negara secara strategik. MoU yang ditandatangani sempena pelancaran Pameran & Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber 2023 (CYDES) itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Anak syarikat Kumpulan Sapura itu dalam kenyataan berkata, perjanjian…










