PETALING JAYA: Uzma Berhad (Uzma) mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dengan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) untuk menyediakan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas (O&G) bagi projek terpilih yang dikenal pasti. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Uzma berkata, anak syarikat milik penuhnya Uzma Engineering Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan anak syarikat milik penuh MHB, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. untuk meneroka potensi kerjasama,…