KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diminta mengubah persepsi negatif terhadap tabung persaraan anggota tentera itu bersama anak-anak syarikatnya termasuk Boustead Holdings Berhad (BHB). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana LTAT dan BHB kini dilihat masyarakat seperti ‘hidup segan mati tak mahu’ selepas apa yang terjadi sebelum ini. Menurut Mohamad, LTAT tidak boleh membiarkan persepsi negatif sedemikian terus membelenggunya kerana sebagai sebuah tabung persaraan anggota tentera,…










