Tropicana tebus bon Islamik RM465.5 juta

Tropicana tebus bon Islamik RM465.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) telah menebus tranche Program Sukuk Wakalah sebanyak RM465.5 juta yang dibayar pada 30 Jun 2023.

Dalam satu kenyataan, pemaju hartanah itu berkata, Program Sukuk Wakalah itu adalah sebahagian daripada program nota jangka sederhana Islamik bernilai RM1.5 bilion yang dikeluarkan oleh Kumpulan itu.

Katanya, Kumpulan akan te­rus menyampaikan pendapatan mampan disokong oleh jualan belum dibil yang kukuh seba­nyak RM2.1 bilion, kempen jualan hartanah yang berterusan serta peningkatan prestasi daripada pembangunan hartanah

Kumpulan, pelaburan hartanah, rekreasi dan operasi resort.

“Kemampanan adalah sebahagian daripada teras Tropicana dan kami telah mengutamakan segmen hartanah, berpaksikan pada komitmen DNA pemba­ngunan dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus kami.

“Kami mempunyai rancangan strategik yang kami yakin dapat dicapai dan kami akan terus me­lancarkan kempen pemasaran dan jualan yang berkesan untuk memacu pertumbuhan.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk me­rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurubank kami yang telah memberi sokongan kepada Tropicana Group.

“Selain itu, kami mempu­nyai jualan teguh belum dibilkan sebanyak RM2.1 bilion dan dalam perancangan, kami akan terus membuka kunci simpanan tanah kami yang menawarkan empat pembangunan baharu de­ngan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.1 bilion yang akan menyumbang kepada pendapatan masa hadapan Kumpulan,” katanya.

Secara keseluruhan, jumlah simpanan tanah Tropicana meliputi 2,091 ekar, dengan jumlah potensi GDV kira-kira RM203.7 bilion, meletakkan Kumpulan dalam kedudukan yang baik untuk membuka kunci nilai bank tanah strategiknya dan menyampaikan prestasi yang mampan dalam beberapa tahun akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN