PETALING JAYA: SL Innovation Capital Berhad (SLIC), melalui anak syarikat milik penuhnya, CR Distribution Sdn. Bhd. (CRD), menjalin kerjasama untuk pengedaran eksklusif dengan Cyclone Robotics. Perkongsian itu akan membolehkan Kumpulan untuk merebut peluang yang timbul daripada transformasi digital syarikat melalui penggunaan penyelesaian automasi proses robotik (RPA) di Malaysia. Perkongsian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan SLIC, Soon Seng Teck dan Pengarah Serantau Cyclone Robotics, Hew Wee Choong, disaksikan oleh Pengerusi SLIC,…










