Ruben Gnanalingam dilantik Pengerusi Eksekutif West Port

Ruben Gnanalingam dilantik Pengerusi Eksekutif West Port

west port
Ruben Gnanalingam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Urusan Westports Holdings Bhd., Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif baharu, berkuat kuasa semalam.

Ruben dilantik menerajui syarikat itu berikutan kematian pengasas kumpulan itu Tan Sri G Gnanalingham, yang juga bapanya, pada 11 Julai lalu.

Ruben berusia 46 tahun memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi dari London School of Economics and Political Science pada 1998.

Pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pelatih di Westports.

Beliau keluar daripada West Port setahun kemudian untuk menubuhkan Makmal Group.

Pada 2005, beliau menyertai semula Westports sebagai lembaga pengarah dan kemudiannya menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga 31 Disember 2017.

Selepas itu, pada 1 Januari 2018, beliau mengambil alih peranan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan untuk Westports.

Ruben kini memegang 105.64 juta saham atau 3.1 peratus pegangan tidak langsung dalam pengendali pelabuhan.

Shaline Gnanalingam, kakaknya, menyertai lembaga pengarah kumpulan itu bulan lalu sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutifnya.

Pada 10.37 pagi, harga saham Westports turun 1 sen atau 0.27 peratus pada RM3.64, memberikan kumpulan itu modal pasaran RM12.41 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN