RON95 dijangka turun 10 sen pada Ogos - MIDF Research

RON95 dijangka turun 10 sen pada Ogos – MIDF Research

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka menurunkan harga minyak petrol bersubsidi RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter pada Ogos bagi berikutan inflasi makanan yang terus meningkat dan tekanan pendapatan yang menurun, kata MIDF Research.

Menurut nota penyelidikan firma penyelidikan itu, kerajaan juga dijangka akan menurunkan harga diesel dalam tempoh terdekat bagi mengimbangi tekanan inflasi dan pendapatan.

Katanya, sebagai pengimport makanan bersih dan diburukkan lagi oleh nilai ringgit yang menyusut, adalah sukar bagi kerajaan untuk membendung inflasi makanan.

Bagi tekanan pendapatan pula, prospek perdagangan luar yang suram akan menambah lebih banyak kelemahan kepada aktiviti perkilangan dan ekonomi keseluruhan.

“Dengan mengandaikan kerajaan mengurangkan harga RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter pada Ogos, kami menganggarkan inflasi utama Malaysia akan mencatatkan lebih rendah sedikit pada 2.9 peratus untuk 2023.

“Sementara itu, inflasi bukan makanan terus menyederhana ke arah 1.3 peratus manakala harga pengangkutan mengalami penguncupan yang lebih mendalam sebanyak 1.7 peratus.

“Menjelang akhir tahun, pemotongan 10 sen akan ini menjadikan kadar inflasi bulanan lebih rendah kepada 1.9 peratus berbanding 2.3 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam nota penyelidikan.

MIDF Research berkata, setakat enam bulan pertama 2023, purata harga minyak mentah Brent ialah AS$79.2 (RM361.6) setong, lebih rendah sedikit daripada anggaran kerajaan sebanyak AS$80 (RM365.3) setong.

“Berdasarkan anggaran kami, harga pasaran tanpa subsidi untuk RON95 sepatutnya RM3.10 seliter.Oleh kerana normalisasi harga minyak global, perbezaan harga bahan api dianggarkan jauh lebih rendah pada RM1.05 seliter untuk tahun ini.

“Dengan perbezaan harga yang lebih rendah, kami percaya jumlah perbelanjaan subsidi akan lebih rendah berbanding tahun lepas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN