KUALA LUMPUR: Rangkaian pasar raya terkemuka Australia, Coles Supermarkets memasuki pasaran Malaysia dengan 200 barangan keluarannya melalui kerjasama eksklusif bersama jenama pasar raya terkemuka tempatan, Jaya Grocer. Perjanjian itu memberi rangkaian luas kepada barangan Australia Jaya Grocer yang mencapai lebih 1,000 barangan keluaran negara berkenaan, termasuk jenama Coles. Ia boleh didapati di kesemua 43 cawangan Jaya Grocer serta melalui penghantaran oleh GrabMart di seluruh Malaysia. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya…