PRN: Tealive tawar minuman RM6

PRN: Tealive tawar minuman RM6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama teh gaya hidup terkemuka serantau, Tealive, melancarkan kempen Jualan Rahmah di bawah inisiatif Payung Rahmah, untuk mengingatkan rakyat Malaysia keluar mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Kempen digelar “Promosi PRN 6 Negeri” dan menawarkan enam jenis minuman terpilih dengan harga RM6 setiap satu. Kempen berlangsung di seluruh negara sehingga 13 Ogos.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, menjanjikan sokongan Tealive untuk inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Beliau juga mengingatkan para pengundi di enam negeri terlibat – negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu supaya menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih pemimpin negeri mereka.

“Kami percaya mengundi adalah kewajipan sivik setiap rakyat dan ia menunjukkan patriotisme dan cinta anda kepada negara tercinta. Jadi, kami menggesa semua orang untuk hadir dan menjalankan kewajipan anda dengan mengundi pada hari pengundian,” kata beliau dalam kenyataan.

Promosi Tealive tersebut adalah untuk enam jenis minuman berikut iaitu Bang Bang Milk Tea, Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea, Signature Coco, Hazelnut Milk Tea, Sparkling Mango Tea or Passionfruit Tea with 3Q Jelly dan Signature Coffee.

Promosi sah untuk pembelian menggunakan aplikasi Tealive sehingga 13 Ogos 2023. Pelanggan perlu menggunakan kod promosi “PRN6” semasa membuat pembayaran untuk menikmati harga promosi RM6. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN