PETALING JAYA: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) menjelaskan, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) merupakan pihak yang melupuskan saham Advanced Vehicle Engineering Global Sdn. Bhd. (AVEE Global) kepada AAPICO Hitech Public Company Limited (AAPICO). PONSB ialah anak syarikat milik DRB-HICOM sebanyak 50.1 peratus melalui Proton Holdings Berhad. Syarikat itu memberitahu, dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia kelmarin, telah dinyatakan PONSB dan bukannya DRB-HICOM, adalah pihak yang melupuskan 51,486,267 saham, mewakili 60 peratus ekuiti…










