PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Menurut BNM, susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini. Keadaan itu katanya, berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan. Jelasnya, pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun ini akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan. “Perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya