Bliese lancar 10 wangian badan - Utusan Malaysia

Bliese lancar 10 wangian badan

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful menunjukkan produk terbaharu Bliese Body Perfume.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat wangian Bliese melancarkan 10 bauan bagi wangian badan baharu iaitu Bliese Body Perfume 12 mililiter (ml) sempena tahun keempat penubuhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, pelancaran tersebut kerana syarikat ingin mengeluarkan satu produk dengan harga yang kompetitif, mampu milik tetapi masih mengekalkan kualiti iaitu bauan yang lebih premium.

“Dengan harga serendah RM25, permintaan Bliese Body Perfume 12ml ini akan meningkat dan dapat membantu penjual semula Bliese untuk memudahkan penjualan kerana sesuai dengan keadaan semasa.

“Antara inovasi terbaharu yang dilakukan adalah dengan mencipta 10 bauan terbaru bagi Bliese Body Perfume 12ml termasuk lelaki dan wanita serta terbahagi kepada lima jenis kategori yang sesuai dengan aktiviti orang Asia iaitu Office Approved, Chillax, Athleisure, AM:PM dan Private Affair,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, penambahbaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti, mudah dibawa kemana sahaja serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.

“Selain itu, Bliese Body Perfume diformulasikan dengan jenis kepekatan Eau De Parfum yang dapat bertahan sehingga lapan jam dan menepati spesifikasi pengguna di Asia, di mana bahan asas diimport dari Eropah serta Bliese bekerjasama dengan perfumer terkenal dunia.

“Kami memberi jaminan Bliese Body Perfume selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan dari International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf Halal,” ujarnya.

Sebanyak 10,000 unit terjual dalam masa hanya sehari selepas pelancaran Bliese Body Perfume 12ml yang mempunyai lima bauan lelaki dan lima bauan wanita ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Suhaimi berkata, pelancaran baharu itu bertujuan memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna tempatan.

“Fokus utama syarikat wangian tempatan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang 2024. Sehingga hari ini, Bliese telah mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya