PETALING JAYA: Malaysia merekodkan kadar pengangguran sebanyak 3.5 peratus pada Mei 2023, dengan bilangan penganggur terus menurun kepada 584,600 orang, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). DOSM berkata, pasaran buruh dalam negara terus menunjukkan momentum pertumbuhan yang stabil, dicerminkan oleh peningkatan bilangan tenaga buruh berikutan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja. Jelasnya, bilangan tenaga buruh pada bulan dilaporkan terus mencatatkan trend menaik, dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.86 juta orang daripada…










