PETALING JAYA: AirAsia X Berhad (AAX) sedang memohon pelepasan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) untuk mengecualikan syarikat penerbangan itu daripada keperluan mengemukakan Cadangan Pelan Regularisasi seperti dikehendaki di bawah Perenggan 8.04(3)(A) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Securities (Cadangan Pelepasan). Syarikat penerbangan itu juga memohon penaiktarafan AAX daripada diklasifikasikan sebagai Nota Amalan 17 (PN17) Penerbit Tersenarai Terjejas (Peningkatan PN17). Menurut AAX, sejak digantung di bawah PN17 mulai 30…










