PETALING JAYA: Untuk empat tahun berturut-turut, Univrsiti Taylor mengekalkan kedudukannya sebagai universiti swasta terbaik di rantau Asia Tenggara.
Ini ekoran penempatan konsisten dalam 300 Teratas global, dan tahun keempat berturut-turut sebagai Universiti Swasta Terbaik di Asia Tenggara dalam QS World University Rankings 2024 baru-baru ini menunjukkan komitmen berterusan institusi untuk menyampaikan kecemerlangan dalam pendidikan.
Dengan penambahbaikan yang luar biasa merentasi pelbagai petunjuk, institusi itu mengukuhkan kedudukannya dialamkalangan satu peratus teratas universiti paling berpengaruh di seluruh dunia, seterusnya membuktikan komitmennya untuk menyediakan pengalaman akademik yang unggul.
Universiti Taylor telah mencapai kedudukan berprestij dalam dua penunjuk dalam 100 Teratas di seluruh dunia, mengukuhkan reputasinya sebagai institusi yang disegani.
Reputasi pelajar antarabangsa dan majikannya yang luar biasa mencerminkan keupayaannya untuk menarik kumpulan pelajar yang pelbagai dan berorientasikan global, sambil memupuk hubungan yang kukuh dengan majikan peringkat atasan yang mencari bakat.
Naib Canselor dan Presiden Universditi Taylor, Profesor Michael Driscolly berkata: “Mendapat kedudukan antara satu peratus teratas universiti terbaik dunia adalah pencapaian yang luar biasa untuk Universiti Taylor.
“Kami dengan bangganya berdiri bersama universiti yang dihormati dengan warisan yang menjangkau lebih satu abad. Kedudukan tinggi ini membawa manfaat yang luar biasa untuk pelajar kami. Ia membuka pintu kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, akses kepada sumber yang berharga dan peluang untuk membina rangkaian yang kukuh.
“Kedudukan ini juga mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan pendidikan yang cemerlang dan memastikan kualiti apa yang kami tawarkan. Kami benar-benar berbangga dengan pencapaian ini, yang menceritakan tentang sumbangan luar biasa fakulti, kakitangan dan pelajar kami.”
Kejayaan Universiti Taylor ini didorong komitmen terhadap kaedah pengajaran yang inovatif, mendorong laluannya ke arah pengiktirafan global.
Dengan tumpuan berterusan untuk menyediakan pendekatan baharu dan menarik kepada pendidikan tinggi, universiti menawarkan pengalaman pembelajaran yang memperkaya dan transformatif kepada pelajar.
Dengan menyepadukan pembelajaran bermatlamat ke dalam kurikulum, Taylor’s melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang berubah-ubah. – UTUSAN










