PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang sebanyak RM491,944.15 kepada Darul Bakti, Sabah bagi merealisasikan projek pembinaan surau di Kampung Narinang serta kerja-kerja menaiktaraf Masjid Al-Hadhari Kampung Menunggui di daerah Kota Belud, Sabah. Pembinaan surau dan menaik taraf masjid yang akan memberi manfaat kepada 700 orang penduduk Islam di kedua-dua kampung berkenaan. Kota Belud terletak lebih 70 kilometer (km) dari Kota Kinabalu. Kampung Narinang dan Kampung Menunggui pula masing-masing berjarak…