PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM223.8 bilion pada Mei lalu dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM119.6 bilion dan RM104.2 bilion, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut DOSM, lebihan dagangan Malaysia meningkat 21.4 peratus tahun ke tahun kepada RM15.4 bilion pada bulan berkenaan. Sembilan negeri katanya, mencatatkan lebihan dagangan iaitu Pulau Pinang, Sarawak, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Kelantan, Kedah, Pahang dan Terengganu. Tambahnya, eksport pada bulan…









