PETALING JAYA: Eksport kargo kontena dan gas asli cecair (LNG) kukuh, namun pembukaan semula China gagal meningkatkan kemasukan dan keluaran kargo daripada industri berat, menurut Kenanga Research. Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab. Aziz berkata, ia dapat dilihat melalui keputusan suku pertama tahun kewangan 2023 apabila sektor itu memperoleh pendapatan yang lemah berbanding tiga bulan lalu. Ujarnya, hanya keputusan Westports Holdings Bhd. (WPRTS) yang mencapai jangkaan disebabkan kos bahan api yang…