Running Lab buka cawangan ketiga di IOI City Mall

Running Lab buka cawangan ketiga di IOI City Mall

WAKTU operasi cawangan Running Lab adalah dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Running Lab, kedai khusus dan peruncit eksklusif bagi jenama kasut larian terkemuka di Malaysia, mengumumkan pembukaan cawangan ketiga di IOI City Mall Putrajaya.

Kedai baharu itu akan menampilkan pelbagai peralatan larian dan aksesori daripada On, OOFOS, HOKA, Asics, New Balance, dan Saucony.

Sebagai jenama yang dipercayai dalam komuniti larian, Running Lab telah menyediakan produk berkualiti tinggi lagi canggih khas buat peminat sukan selama lebih sedekad.

Pembukaan cawangan ketiga itu membuktikan komitmen syarikat tersebut untuk membantu pelari mencapai matlamat dan merealisasikan potensi mereka.

Pengarah Urusan Running Lab, Walter Tan berkata, pihaknya sangat teruja dengan pembukaan cawangan ketiga di Malaysia.

“IOI City Mall Putrajaya sebagai lokasi terbaharu kedai kami merupakan pilihan yang terbaik terutamanya kerana Putrajaya merupakan kawasan yang terkenal dengan taman rekreasi yang indah dan tempat berjoging yang sering dijadikan lokasi untuk acara larian,” katanya dalam kenyataan.

Selepas pembukaan cawangan di Pavilion Bukit Bintang dan The Gardens Mall, Running Lab kini mengembangkan penawaran produk mereka kepada pelari yang berada di Putrajaya dan kawasan yang berdekatan.

Tan berkata, cawangan baharu itu menampilkan pakaian dan kasut larian terkini daripada jenama terbaik dalam industri, dan pasukan pakar Running Lab sedia membantu para pelari mendapatkan keperluan yang bersesuaian.

“Pelari boleh mengharapkan yang terbaik daripada pilihan produk terkini yang dilengkapi dengan teknologi termaju dan dipatenkan. Pilihan produk berjenama termasuk kasut larian ON CLOUDMONSTER dan HOKA CLIFTON 9; kasut pemulihan OOFOS OORIGINAL SPORTS AZUL, dan banyak lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN