PETALING JAYA: Ringgit terus dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan permintaan yang lemah walaupun Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar penanda arasnya pada 5.25 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan semalam. Pada pukul 9.02 pagi, mata wang tempatan itu didagangkan pada 4.6210/6245 berbanding dolar daripada 4.6195/6235 penutup semalam. Memetik laporan Bernama, pedagang ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dengan kadar faedah semasa Malaysia pada 3 peratus,…