PETALING JAYA: OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin) memperkenalkan OCBC eBiz Account-i untuk membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membuka akaun perniagaan patuh syariah secara dalam talian sepenuhnya. OCBC eBiz Account-i dirangka untuk PKS yang mahukan sebuah akaun yang mudah, pantas dan menyenangkan, menyusuli kejayaan OCBC Bank (Malaysia) Berhad memperkenalkan OCBC eBiz Account secara dalam talian sepenuhnya. Kedua-dua akaun konvensional dan patuh Syariah terbuka kepada PKS yang dimiliki sepenuhnya oleh…