Musim haji: Pergerakan penumpang dijangka naik 28 peratus - Utusan Malaysia

Musim haji: Pergerakan penumpang dijangka naik 28 peratus

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin 18 Julai. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemasukan pergerakan penumpang pada musim haji tahun ini dijangka menyumbang kepada peningkatan jumlah pergerakan penumpang bulan ke bulan bagi Malaysia antara 12 hingga 28 peratus dari Mei hingga Julai tahun ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkata, rangkaian lapangan terbang tempatannya berjaya merekodkan 6.3 juta pergerakan penumpang bersamaan 70 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang globalnya sebanyak 9.13 juta pada April lalu.

“Penerbangan bagi musim haji tahun ini telah berlepas sejak 21 Mei lalu dengan tujuh lapangan terbang dalam negara beroperasi pada kapasiti penuh selain berada berada dalam penyelarasan rapat dengan Lembaga Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan.

“Kami menjangkakan lebih daripada 31,600 jemaah haji akan melalui lapangan terbang dalam Malaysia pada musim haji kali ini di mana sebanyak 114 penerbangan sewa khas oleh Malaysia Airlines dan Saudi Airlines akan digunakan untuk menerbangkan semua jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi,” katanya.

Tujuh lapangan terbang berkenaan adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG).

Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pelan operasi MAHB bagi musim haji merangkumi semua aspek dalam memenuhi hasratnya untuk memberikan pengalaman lapangan terbang terbaik kepada jemaah haji.

“Kedua-dua kerajaan Malaysia dan Arab Saudi telah meneruskan inisiatif Laluan Mekah di mana jemaah haji negara dapat menikmati pra-pelepasan imigresen Arab Saudi di Terminal 1 Kuala Lumpur dan sekaligus mengurangkan masa menunggu jemaah haji apabila sampai ke destinasi mereka.

“MAHB juga menyediakan ruang istirehat khusus di Pintu C16 dan C17 untuk proses pra-pelepasan tersebut yang dikendalikan oleh pegawai imigresen dari kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya