KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memperuntukkan RM20 juta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui skim Pembiayaan Peluang Kedua (2CF). Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, skim pembiayaan yang diuruskan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) itu bertujuan membantu PKS dalam berhadapan cabaran dan kesulitan kewangan. Menurut beliau, melalui skim tersebut PKS akan diberikan akses bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan panduan perniagaan bagi…