MBSB jangka capai pembiayaan FSA2 RM1 bilion akhir bulan ini

MBSB jangka capai pembiayaan FSA2 RM1 bilion akhir bulan ini

NOR Azam M. Taib (kanan), Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MBSB, Ramanathan Rajoo (kiri) dan Ketua Pegawai Strategi MBSB, Datuk Azlan Shahrim melihat buku ‘MBSB Sustainabality Report 2022’ sempena Mesyuarat Agung Tahunan MBSB di Menara MBSB, PJ Sentral, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Bhd. (MBSB Bank) dijangka mencapai pembiayaan sebanyak RM1 bilion bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelang akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, FSA2 yang bermula pada April lalu kini sudah mencapai pembiayaan kira-kira RM970 juta

Katanya, permohonan bagi FSA2 sudah semakin perlahanan ketika ini dan beliau menjangkakan dapat mencapai sebanyak RM1.2 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Program ini hanya untuk tempoh setahun sahaja dan saya rasa ia tidak akan dilanjutkan lebih pada itu.

“Sekarang kami sedang berusaha untuk melaksanakan fasa dua melibatkan pemohon di bawah usia 40 tahun yang dijangka bermula dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Mesyuarat Agong Tahunan Ke-53 bank berkenaan di sini semalam.

Baru-baru ini, KWSP mengumumkan program FSA2 bagi fasa dua melibatkan pemohon di bawah usia 40 tahun dijangka diperkenal selewat-lewatnya Ogos.

Agensi itu sedang meneliti mekanisme terbaik demi memastikan kelancaran program tersebut.

Sementara itu, Nor Azam berkata, pihaknya menyasarkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak lapan hingga 10 peratus bagi tahun kewangan 2023.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melaksanakan strategi serampang empat mata termasuk memberi tumpuan kepada bidang pertumbuhan baharu, penyelesaian inovatif, kerjasama strategik dan pengurusan kunci kira-kira.

“Kami sedang mengkaji untuk meningkatkan bahagian pasaran kami dalam pembiayaan korporat dan hartanah dan mengembangkan kedudukan kami dalam bidang pertanian dan pembuatan makanan.

“Oleh itu, kami menjangkakan dapat mencapai pertumbuhan untung sebelum cukai (PBT) sebanyak 10 hingga 15 peratus berbanding tahun kewangan 2023,” ujarnya.

Mengulas pengambilalihan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), beliau berkata, perkata tersebut akan dibincangkan dengan pemegang saham pada Julai atau Ogos depan untuk mendapat kelulusan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kewangannya, Ramanathan Rajoo berkata, jumlah pinjaman tak berbayar (NPL) MBSB ketika ini adalah 6.7 peratus berbanding purata industri pada dua peratus.

“Kami menyasarkan untuk mengurangkan NPL ini kepada bawah empat peratus menjelang akhir tahun ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN