SETELAH memilih rumah idaman, sudah tentu pelbagai proses perlu dilalui untuk menjadikan hartanah itu sah milik anda. Jadi, sebilangan besar daripada pembeli rumah menggunakan khidmat ejen hartanah untuk berurusan dengan pelbagai pihak terutamanya pihak bank untuk proses mendapatkan pinjaman. Begitu juga dengan pemaju atau pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka, pastinya lebih memilih untuk menggunakan khidmat ejen hartanah. Namun, timbul persoalan, adakah kehadiran ejen hartanah dalam urusan jual beli…










