Angkasa Mukmin, Hayya Travel dan Batik Air  jalin kerjasama 

Angkasa Mukmin, Hayya Travel dan Batik Air  jalin kerjasama 

MAJLIS menandatangani kerjasama strategik antara Angkasa Mukmin Sdn. Bhd., Hayya Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Batik Air di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkasa Mukmin Sdn. Bhd. (Angkasa Mukmin) dan Hayya Travel & Tours Sdn. Bhd. (Hayya Travel) menjalinkan kerjasama strategik dengan Batik Air untuk menyediakan pakej penerbangan umrah yang lebih selesa dan dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin, Mohd. Yusni Ismail berkata, melalui kerjasama itu juga, pihaknya akan menawarkan penerbangan umrah terus ke Arab Saudi.

Beliau berkata, dengan penerbangan terus itu, bakal jemaah akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa kerana tidak perlu transit di mana-mana destinasi lain.

“Angkasa turut memberi perlindungan takaful percuma bagi setiap bakal jemaah yang membeli pakej daripada Hayya Travel,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pemeteraian kerjasama itu di sini.

Mohd. Yusni berkata, buat permulaan pihaknya menyasarkan untuk membawa seramai 365 jemaah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Hayya Travel, Musthofa Mubarak Kamaruzaman berkata, pihaknya bersama Angkasa Mukmin komited untuk menawarkan  pakej umrah yang terbaik kepada ejen pelancongan atau individu.

“Kami menawarkan pakej umrah yang selesa dan ekonomi, sesuai untuk semua yang ingin menunaikan ibadah umrah.

“Pakej yang kami tawarkan bermula RM7,990 mulai Ogos nanti apabila musim umrah bermula. Bagaimanapun, harga pakej mungkin berubah mengikut musim,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN