AmInvest menang anugerah Pembekal ETF Terbaik Malaysia

AmInvest menang anugerah Pembekal ETF Terbaik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AmInvest memenangi Anugerah Pembekal ETF (Dana Didagangkan di Bursa) Terbaik Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut di Majlis Anugerah Pelaburan Lestari The Asset Triple A untuk Pelabur Institusi, ETF dan Pembekal Pengurusan Aset 2023.

AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah itu sekali lagi kerana ia adalah pengiktirafan bahawa Kumpulan menyediakan produk-produk ETF yang paling sesuai untuk pelanggan mereka.

Untuk rekod, katanya, Kumpulan telah memenangi anugerah itu dari 2016 hingga 2020.

“ETF telah semakin dilihat sebagai suatu peluang pelaburan yang berdaya maju dan sesuai untuk pelabur institusi dan runcit sebagai alternatif kepada produk-produk pelaburan konvensional,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Berhad, Goh Wee Peng pula berkata, Kumpulan gembira kerana sekali lagi diiktiraf sebagai Pembekal ETF Terbaik Malaysia.

Menurut beliau, AmInvest adalah pembekal ETF utama dan terbesar di Malaysia dengan lebih kurang RM1.6 bilion nilai aset di bawah pengurusan (AUM) dan menguasai 77 peratus daripada pasaran AUM Industri ETF yang bernilai RM2.1 bilion.

“ETF kami menunjukkan pertumbuhan sebanyak 4 peratus dalam tempoh tiga tahun berbanding kejatuhan ETF industri sebanyak 1 peratus dalam tempoh yang sama,” katanya.

AmInvest mempelopori dan menguruskan bon ETF yang pertama dan satu-satunya dalam pasaran iaitu Dana Indeks Bon Malaysia ABF dan ETF ekuiti yang pertama iaitu FTSE Bursa Malaysia KLCI etf yang masing-masing dilancarkan pada 2005 dan 2007.

Dana Indeks Bon Malaysia ABF adalah yang terbesar dan satu-satunya bon ETF dalam pasaran, dan kebanyakannya adalah bon-bon kerajaan Malaysia dalam portfolionya.

Ia menjejaki prestasi Indeks Bon Malaysia ABF Markit iBoxx®. Manakala FTSE Bursa Malaysia KLCI etf direka untuk mengikuti prestasi indeks penanda arasnya, FTSE Bursa Malaysia KLCI yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar utama Malaysia dari segi permodalan pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN