PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi bakal memperkenalkan undang-undang khusus bagi membanteras amalan ali baba dalam kalangan usahawan. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedia membawa isu tersebut ke Parlimen agar dapat digubal peraturan spesifik dalam bentuk akta baharu. Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak kementerian akan membawa isu ali baba pada sesi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 11 Julai depan. Setakat ini ujarnya, pelaku ali baba hanya boleh disiasat dan didakwa…