Tune Protect lancar pelan perlindungan PMKS

Tune Protect lancar pelan perlindungan PMKS

ROHIT NAMBIAR (tengah) pada majlis pelancaran pelan perlindungan Tune Protect untuk PMKS, semalam. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tune Protect Group (Tune Protect) melancarkan pelan perlindungan inovatif untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tune Protect Life (TPL) dan Tune Protect Malaysia (TPM).

Penyelesaian itu bertujuan untuk merapatkan jurang perlindungan dan menjadikan insurans lebih mudah diakses oleh PMKS di Malaysia.

Dengan menyediakan perjalanan insurans yang ringkas dan lancar, inisiatif digital itu bertujuan mengatasi halangan biasa seperti keterjangkauan, kerumitan dan akses terhad, selain memudahkan PMKS untuk meneroka produk insurans bagi menjaga kesejahteraan perniagaan dan pekerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, kebanyakan pakej perlindungan insurans tidak dibina untuk PMKS kerana ia terlalu kompleks, menyebabkan sebahagian besar mereka kekal tidak dilindungi atau kurang dilindungi.

“Jurang perlindungan ini mendedahkan mereka kepada risiko dan kelemahan yang ketara. Oleh itu, kami mengambil langkah proaktif untuk menangani keperluan insurans PMKS dengan memanfaatkan pendekatan digital kami.

“Setiap orang berhak untuk dilindungi. Sebagai syarikat insurans digital, kami percaya dengan menjadikan insurans lebih mudah diakses dengan harga yang berpatutan, kami boleh menyokong pertumbuhan dan daya tahan komuniti PMKS supaya mereka boleh menyumbang kepada ekonomi yang lebih kukuh dan terjamin.

“Setakat ini, PMKS hanya menyumbang sebanyak 8.0 hingga 9.0 peratus kepada perniagaan kami. Melangkah ke hadapan, menerusi inisiatif-inisiatif tersebut, kami menyasarkan PMKS akan menyumbang sebanyak 20 peratus kepada perniaagan kami,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Sementara itu, Pegawai Utama Tune Protect Life, Koot Chiew Ling berkata, sasaran utama adalah mendekati PMKS yang tidak pernah mempunyai insurans sebelum ini atau tiada pendedahan kepada perlindungan insurans.

Beliau berkata, keterjangkauan adalah kebimbangan utama bagi pemilik perniagaan, dengan kos perubatan yang meningkat dan tidak menentu tahun ke tahun, menjadikannya mencabar bagi PMKS untuk menyediakan insurans yang mencukupi untuk kakitangan mereka.

Katanya, dengan pelan ditawarkan, pemilik perniagaan boleh mengurus dan merancang belanjawan mereka lebih awal, mengakses insurans dengan mudah, mengutamakan kesihatan pekerja, dan mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan pekerja dalam jangka panjang.

“Kami turut menyasarkan kadar ambilan sebanyak 70 peratus daripada pelanggan PMKS baharu bagi membuktikan bahawa terdapat permintaan untuk perlindungan insurans dalam kalangan PMKS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN