SC tubuh Jawatankuasa ACSR

SC tubuh Jawatankuasa Penasihat mengenai Pelaporan Kelestarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menubuhkan Jawatankuasa Penasihat mengenai Pelaporan Kelestarian (ACSR) peringkat kebangsaan bagi menyokong pelaksanaan Piawaian Pendedahan Kelestarian IFRS (Standard ISB) di Malaysia.

Piawaian ISSB dijangka dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) pada akhir Jun ini.

Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, penubuhan ACSR adalah tepat pada masanya dikala perniagaan dan pelabur menghadapi risiko kemampanan, contohnya, kerugian kewangan berikutan gangguan kepada operasi dan rantaian bekalan akibat keadaan cuaca yang melampau.

Bagaimanapun kata beliau, terdapat juga peluang dalam menyahkarbonisasi dan peralihan kepada tenaga bersih.

Katanya, maklumat berkaitan kemampanan yang boleh dipercayai dan setanding merentas pasaran, penting bagi menyokong reka bentuk strategi, pelan tindakan dan keputusan peruntukan modal.

“Kita perlu  mengurangkan risiko mengenakan beban pelaporan yang tidak perlu dan menambah kos menjalankan perniagaan.

“Oleh itu, perundingan dan penglibatan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan akan menjadi penting dalam membentuk hala tuju masa depan pelaporan kemampanan dalam Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

ACSR akan lihat pemboleh yang akan menyokong pelaksanaan Piawaian ISSB di Malaysia.

Ia termasuk pendekatan dan garis masa pelaksanaan, dengan mengambil kira kesediaan pasaran yang teliti, untuk memenuhi keperluan pelaporan.

Untuk menangani kebolehpercayaan maklumat dan mengurangkan kebimbangan mengenai pencucian hijau, ACSR juga akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan jaminan kenyataan kemampanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN