PETALING JAYA: Propel Global Berhad melaporkan kenaikan hasil sebanyak 12.3 peratus kepada RM24.7 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 daripada RM22 juta tempoh sama tahun kewanan sebelumnya. Walaupun keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi kedua-dua segmen minyak dan gas (O&G) dan perkhidmatan teknikal telah meningkat daripada suku sama tahun sebelumnya, kos pentadbiran korporat yang lebih tinggi memberi impak terhadap keuntungan Kumpulan. Sehubungan itu, Kumpulan mencatatkan penurunan PBT…