PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) membuka kedai serbaneka pertamanya, Pos Shop, yang merupakan sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik syarikat itu. Kedai pusat sehenti itu terletak di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan berfungsi sebagai model untuk pembangunan masa hadapan di pejabat pos terpilih dalam negara. Menurut syarikat itu, ia bermatlamat untuk mencipta pengalaman yang lebih menarik sambil menawarkan kemudahan runcit di pejabat pos.…










