KUCHING: Pemain industri perkayuan di Sarawak berperanan penting dalam mengenengahkan kualiti kayu ke pasaran global. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, industri perkayuan di negeri itu berpotensi untuk dikembangkan dengan memanfaatkan dan menyelaraskan persekitaran perniagaan global. “Selaras dengan permintaan pengguna untuk produk mesra alam dengan jejak karbon rendah daripada sumber yang mampan dan sah serta disokong oleh pensijilan mampan, penyertaan masyarakat tempatan yang kukuh, inovatif dan berdaya…