SEREMBAN: Syarikat pengeluar produk kicap dan sos makanan, Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri Food) mahu meningkatkan jenama Mahsuri ke peringkat global termasuk menembusi pasaran Amerika Syarikat. Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Food, Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, sasaran itu selari dengan pembukaan kilang baharu syarikat tersebut yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2025 di Halal Park, Bandar Enstek, Nilai di sini. Jelas beliau, kilang baharu tersebut dibina dengan nilai pelaburan sebanyak…