PETALING JAYA: Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, diumumkan sebagai pengerusi baharu AHB Holdings Berhad.
Lantikan itu selepas RHB Trustees Berhad mengumpul 28.69 peratus saham AHB pada 9 Mei lalu.
Tunku Kamariah ialah kekanda sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar .
Baginda kini memegang jawatan sebagai antara pemegang amanah Yayasan Sultan Iskandar, yayasan yang menyokong para sarjana Pasca Siswazah bagi golongan kurang berkemampuan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.
Baginda juga merupakan Penaung P.S. The Children, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kanak-kanak yang didera secara seksual bagi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, manakala di peringkat antarabangsa, Puteri Kamariah adalah Duta Pusat Hati Asia di Universiti Stanford di A.S.A.
Tunku Kamariah juga aktif dalam dunia korporat di Malaysia dan telah terlibat dalam pembinaan, pembangunan, perniagaan dan syarikat pertanian.
AHB Holdings Berhad ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia.
Segmen syarikat ialah perniagaan produk dalaman pejabat, perabot pejabat dan kewangan komputer khusus. – UTUSAN









