PETALING JAYA: F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N) melancarkan kempen “Biar Ori, Baru Sempoi” bagi menawarkan kepada rakyat Malaysia teh tarik kegemaran mereka yang boleh dinikmati tidak kira di mana sahaja.
Kempen itu dianjurkan bagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama F&N dengan menampilkan video dan lagu tema baharu yang disampaikan secara eksklusif oleh penyanyi dan rapper terkenal tempatan, MK K-Clique.
“Kempen F&N Teh Tarik baharu ini bertujuan untuk menarik perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga dan mengujakan. Ia juga membolehkan mereka menikmati Teh Tarik kegemaran pada bila-bila masa, tidak kira di mana mereka berada,” kata syarikat itu dalam kenyataan.
Menurut syarikat itu, F&N Teh Tarik ORI yang dibru menggunakan krimer pekat manis F&N dan teh asli, memberikan teh tarik sejuk dengan rasa mantap dan asli.
“Ia dicipta untuk dinikmati pada bila-bila masa tidak kira dimana, ia sesuai selepas sehari bekerja ataupun semasa bersama dengan kawan-kawan. Produk ini kini boleh didapati dalam 2 variasi – ORI dan Kurang Manis dan didatangkan dalam format botol dan juga tin,” katanya.
Ketua Bahagian Pemasaran Jenama Tenusu, F&N Dairies, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Tiffany Tan pula berkata, F&N Teh Tarik yang dikeluarkan pada awalnya semasa kemuncak pandemik pada 2020, dicipta untuk mereka yang merindukan ‘rasa teh tarik mamak’ sebenar.
“Bagi meneruskan momentum dengan generasi muda Malaysia, kami melancarkan kempen baru ini yang melambangkan rasa asli adalah yang terbaik dan memastikan F&N Teh Tarik tersedia dan mudah didapati dan dinikmati oleh semua orang pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja,” jelas beliau.
Beliau berkata, dengan berpegang teguh pada komitmen untuk menawarkan minuman yang mantap dengan rasa kepada rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada, kempen itu juga akan menempatkan mesin layan diri interaktif yang unik di kawasan transit utama di Malaysia bagi membolehkan orang ramai mendapatkan teh tarik mereka secara percuma selama sebulan.
“F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis juga akan dilancarkan di Malaysia Timur bermula Mei ini, sebagai usaha untuk meluaskan lagi penawarannya kepada semua rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN










